+609 553 5555        rmc@uniqsaas.edu.my

Akan Datang

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Tarikh Penting

09 JUN 2026

Tarikh Tutup Pendaftaran

  • Pendaftaran Dibuka Sekarang !!!

15 JUN 2026

Penghantaran Surat Jemputan

07 & 08 JULAI 2026

Hari Pertandingan Bersemuka

Jom Sertai PIRCU’26

TRANSFORMASI ILMU MEMBINA UMMAH

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta UNIQSAAS 2026 (PIRCU’26) akan diadakan seperti yang berikut :

07 & 08 JULAI 2026 ( SELASA & RABU )

DEWAN SULTAN AHMAD SHAH, UNIQSAAS (BERSEMUKA)

TEMA : TRANSFORMASI ILMU MEMBINA UMMAH

Terbuka kepada semua peserta daripada Ahli Akademik, Penyelidik dan juga Pelajar IPT serta Sekolah.

Pengenalan

Program ini akan dijalankan secara bersemuka. Oleh itu, setiap peserta yang mempamerkan produk dan hasil inovasi perlu menerapkan kriteria-kriteria yang bersesuaian agar hasil projek inovasi mempunyai nilai yang tinggi dan berpotensi untuk mendapat pengiktirafan dan dikomersialkan.

Pertandingan Inovasi dan Rekacipta UNIQSAAS (PIRCU) ini merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh di bawah kelolaan Unit Inovasi, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Selain memperkasakan dan membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pelajar, pensyarah dan warga UNIQSAAS, program ini bertujuan untuk mempamerkan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan ummah dan merapatkan jurang antara para akademik dan komuniti.

Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam pembelajaran atau kehidupan seharian. Dengan penganjuran program ini, kemahiran inovasi dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi dari aspek penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

Objektif

Objektif program ini adalah untuk memperkasakan dan membudayakan aktiviti inovasi dalam kalangan pelajar, pensyarah serta warga UNIQSAAS dengan menyediakan platform bagi pengukuhan ilmu, perkongsian idea, dan pembentukan rangkaian dalam bidang penyelidikan, inovasi dan komersialisasi, di samping memperluas jaringan komuniti bersama masyarakat serta penyelidik dari pelbagai institusi luar. Jom sertai PIRCU’26!

Pilih Kategori

KATEGORI A

RM200

KATEGORI B

PERCUMA

Kategori Penyertaan

Pendidikan
Sains Sosial
Keusahawanan
Pembangunan ICT
Pengajian Islam
Perakaunan
Inovasi Umum (Kategori Terbuka)

Hadiah & Anugerah

EMAS + Trofi + Sijil + Wang Tunai

PERAK + Trofi + Sijil Penyertaan

GANGSA + Trofi + Sijil Penyertaan

POSTER TERBAIK + Sijil + Wang Tunai

PIRCU’26

Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta UNIQSAAS 2026

Pertandingan ini diadakan bagi mempamerkan hasil idea inovasi daripada pensyarah, guru, penyelidik serta pelajar IPT dan sekolah di seluruh negeri Pahang.

Melalui PIRCU’26 yang bertemakan Tranformasi Ilmu Membina Ummah, Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) mengalu-alukan penyertaan ahli akademik dan pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi serta guru dan pelajar dari sekolah menengah dan rendah bagi memupuk semangat inovasi merentas peringkat pendidikan. Penyertaan pelbagai latar belakang ini diharap dapat memperkayakan idea serta menghasilkan projek inovatif yang lestari dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Jom sertai PIRCU’26 dan tampilkan inovasi anda demi ummah yang sejahtera!

Loading...